Followers

Visitors

blog-indonesia.com
   
Showing posts with label Kelap Peminat Novel. Show all posts
Showing posts with label Kelap Peminat Novel. Show all posts

“Biarlah aku bebas mencintaimu karena rinduku tidak sanggup terpenjara lagi”. Penjara rindu menawarkan kisah kawin paksa. Sesuatu yang snagat biasa dalam novel-novel melayu.  Farisya Hani yang sudah sudah memiliki kekasih (Aswad) terpaksa mengawini sepupunya Haziq demi menyelamatkan kisah lain yang mempunyai latar cerita yang kurang lebih sama. Bagi yang ingin mendapatkan sensasi novel ini, jangan berhenti membaca di bagian pertama, karena konflik cerita ini semakin menarik setelah kisah pertama. Isya dan Haziq akhirnya membuka hati untuk menerima satu dengan yang lain dan mereka berbahagia. Tetapi sikap Isya yang selalu menyembunyikan sosok yang selalu mengirim bunga kepadanya membuat Haziq cemburu buta

Konflik percintaan antara Aswad, Isya, Haziq bertambah seru dengan hadirnya tokoh Tasya yang terlibat dalam drama percintaan itu.

"Dia memang tak romantik, tetapi bila dia jadi romantik, orang lain pun boleh jadi angkau"
Dia hidup bukan karana cinta. Dia hidup karana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tidak ada siapa pun yang  tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

“Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”


Desakan dari Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang saja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah hal mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.


Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar? 

Adrianna Mayesa (Ad) adalah tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki melanjutkan pendidikan supaya setaraf dengan Iz yang berpendidikan tinggi. Manakala Iz dikehendaki menguruskan badannya dari XL menjadi M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang langsing.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mulai memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini. Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad karana Ihsan terang-terangan mencoba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan. Akibat komplot itu, sebuah rahasia yang tersimpan rapat-rapat selama ini pecah jua akhirnya.
Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.

Biarlah aku bebas mencintaimu karena rinduku tidak sanggup terpenjara lagi”. Penjara rindu menawarkan kisah kawin paksa. Sesuatu yang snagat biasa dalam novel-novel melayu.  Farisya Hani yang sudah sudah memiliki kekasih (Aswad) terpaksa mengawini sepupunya Haziq demi menyelamatkan kisah lain yang mempunyai latar cerita yang kurang lebih sama. Bagi yang ingin mendapatkan sensasi novel ini, jangan berhenti membaca di bagian pertama, karena konflik cerita ini semakin menarik setelah kisah pertama. Isya dan Haziq akhirnya membuka hati untuk menerima satu dengan yang lain dan mereka berbahagia. Tetapi sikap Isya yang selalu menyembunyikan sosok yang selalu mengirim bunga kepadanya membuat Haziq cemburu buta

Konflik percintaan antara Aswad, Isya, Haziq bertambah seru dengan hadirnya tokoh Tasya yang terlibat dalam drama percintaan itu.

Dia bukan lelaki yg terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa dia yang maha kuasa sudi juga menganugerahkan nya istri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari duniamitu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mau bersama dia hingga ujung hidup. Namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya.

Isha walau apapun yg terjadi, cinta abang hanya untuk mu seorang. Ampunkan abang karena mendukanmu. Sesungguhnya manusia Cuma mampu merancang, Tuhan juga yyang menentukan

Sofea, hadirmu bukan pintaku. Tolong jelaskan segalanya padaku, mengapa engkau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu?

Pada mulanya, kehadiran Dr. Sharizal tak berapa nak diendahkan oleh Faiza, walaupun kelibat lelaki itu sering mencuri perhatiannya. Lama-kelamaan, bila lelaki itu mula menunjukkan tanda dan sering memberikan isyarat cinta, Faiza tidak teragak-agak untuk menerima cintanya, walaupun perkenalan mereka tersangatlah singkat.

Perhubungan mereka pada mulanya tidak mendapat restu daripada ibu Dr. Sharizal memandangkan terdapat perbezaan taraf yang sangat ketara. Bagi ibu lelaki itu, Faiza tidak setaraf dengan anaknya. Di tempat kerja pula, Tina yang terkenal dengan sikap gedik dan mengada-ada sering memberi amaran kepada Faiza agar menjauhkan diri daripada Dr. Sharizal. Faiza jadi pelik dengan sikap terlebih suka yang ditunjukkan Tina.

Keadaan makin rumit dengan hadirnya Hakimi, kekasih lamanya yang datang kembali untuk menagih cintanya semula. Ingin membetulkan keadaan. Namun, tidak diendah Faiza. Sering kali dia melarikan diri setiap kali kelibat Hakimi menghampiri. Faiza jadi sangat tertekan dan celaru. Ditambah pula dengan kejutan demi kejutan yang diterima, yang membuatkan kehidupan bahagianya menjadi kacau-bilau.

Apakah kejutan yang diterima oleh Faiza? Siapa pula Tina yang beria-ia menghalangnya daripada terus menjalin hubungan dengan Dr. Sharizal? Dan ibu mertuaku, bakal merestuikah pilihan anakmu ini?

Penceraiannya dengan Yusrizal membawanya ke kota London. Lima tahun kemudian dia pulang semula ke tanah air untuk menabur bakti sebagai pensyarah di UUM. Pertemuan secara tak sengaja dengan bekas adik iparnya membuatkan hubungan dengan mertuanya kembali bertaut. Yusrizal yang tak ingin dilihatnya muncul kembali di hadapan matanya. Luka yang tak pernah sembuh semakin parah.  


Demi menyelamatkan nyawa ibu tersayang, dia kembali semula kepada Yusrizal. Yusrizal yang telah berubah daripada seorang lelaki yang pemabuk, panas baran dan kaki perempuan kepada lelaki yang penyayang, gemar tersenyum dan sering mengusik telah membuatkannya keliru. Benarkah ini Yusrizal yang sama yang pernah dinikahinya lima tahun yang lalu?  Tatkala dia menerima Yusrizal semula, Daniel (kekasih lamanya) menagih cintanya. Dia yang mengetahui Daniel telah bertunang dengan Masyitah tidak sanggup melukakan hati seorang perempuan kerana dia pernah merasai betapa peritnya hati dilukai oleh seorang perempuan lain..

Pertemuan pertama pastilah meninggal kesan mendalam bagi seseorang. Apalagi pertemuan pertama yang istimewa atau berkesan. Hal itulah yang terjadi pada Maria dan Hisyam. Maria agak malu-malu mengenang peristiwa itu, sementara Hisyam kepingin mengulang perjumpaan itu menjadi perjumpaan-perjumpaan berikutnya. Maria semakin resah, sementara terus menerus mendesak agar mereka bertemu kembali Ada benci dan rindu di antara keduanya. Tetapi karena ketekunan dan kesabaran Hisyam, akhirnya kedua orang ini dipersatukan.

Rupanya kebahagiaan tidak berpihak kepada mereka berdua. Hadirlah pihak ketika, Salina, yang menjadi duri dalam daging. Hasyim menganggap hungan dengan Salina hubungan persahabatan biasa, sementara Salina menganggap pertemanan mereka adalah pertemanan yang istimewa. Salini memiliki rencana tersebunyi.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati. Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam? Temukan jawabnya dalam novel ini, silakan diunduh secara percuma.